BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 2, 2011

Faedahnya membaca Surah Al-Waqiah...


Assalamualaikum kawan-kawan,hari ini sy telah mendapat satu artikel yang bagus untuk kita amalkan..Insya'Allah,semoga kita sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah dan dipermudahkan segala urusan di dunia mahu pun di akhirat sana...Amin.

Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, iaitu:
  • Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
  • Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
  • Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
  • Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
  • Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.
  • Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya
  • Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.
  • Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.
  • Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Insya’Allah, dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya.

Alamak...sekolah???





"Woi cawat!!!!!!!...hAH!!! perkataan yang paling aku xsuka dengar..cehh!! mentang2 la aku bru blk dari sarawak..senang-senang je panggil aku cawat yea..korang ingt semua orang sarawak pakai cawat ke?kmi semua ni advance laaa.....hampeh tol ngn diorang ni..Hah!!!! ikut suka aku la..haha..tu zaman sekolah rendah..tpi bila difikir balik,rasa seronok jugak..sebabnya bla kita dah ada besar dan bekerjaya, kita akan ingt blik time tu n rasa best sgt2..msing-masing mngenangkan perkara yang sama sambil mengeluh...kesian hang kan dulu kami asyik dok kata kat hang cawat...huhuu...aku hanya tersenyum..nak kata apa kan..
hmmm...sekolah menengah lain hal plak..kawan-kawan selalu gelarkan aku seorang yang plik..mana tidaknya, aku suka buat perkara yang orang lain xpernah buat....nak dijadikan cerita,dulu2kan aku dilantik sebagai pengawas pusat sumber.klu nak ikutkan warna bju pps ni warna kuning air...aku pulak pi cakap kat mak aku yang warna bju tu kuning saja..jadi mak aku pun beli warna bju tu kuning terang mcm kunyit plk tu...Adoi..tudung warna kuning air plak...mcm mana ni..nak pakai ke x ni..hmmm..aku pun pi la sekolah pakai bju kuning kunyit dan tudung kuning cair...mau x aku kna gelak kat sekolah tu...gelak gila-gila beb..tambah2 sekali ngn senior...cehh!!..mmg kurang asam la..depa pun menggelarkan aku bju raya..pening dah kepala aku masa tu..pi mana-mana pun baju raya---baju raya---baju raya---...siap buat lagu raju chacha lagi tuh...mmg lagi pening la aku..hmm..tp aku ttp pakai gak bju tu...xkurang jgk ada yang panggil aku kunyit , kasturiza...eiii mcm2 la...dsebabkan bju aku warna kuning kunyit tuuuuu aku jadi glemer la plk..orang kenal kan..semua nak tgk sapa dia bju raya tuh..ceh!! aku terpaksa buat muka toya....heeeiii...nak marah pun xguna jgk..benda dah jd kan....aku xtau nak cakap apa dah...pergi sini bju raya,pergi sana bju raya...semua bju raya,kunyit..hishhh..teruk la....pendek kata aku ni dok jadi bahan ejekan la kat sekolah dulu..tambah-tambah lagi aku xcun pun dulu..hitam beletek bak kata orang kedah. bdak laki haram nak kat aku..mengorat pun x...kesian kan...huhuu..tu masa zaman sekolah la...sekarang lain la beb...haha..aku x bangga ar...x bangga....nak crita lgi tp xlarat nak taip dah....mmg banyak la..kena jdi posmen karat kawan....nak tolong kawan la konon..perghhh..kena gosip lak....fenin-fenin...mcm-mcm la...hehehe...peace..
agak-agaknya la kan,blh wat cerpen or novel x?hehehe :).....

Mana pi duit gaji aku ..Arrrrgggghhhh!!!!

~ kawan-kawan,,,,,jangan jadi seperti saya~
Hari ni aku sedih sngt,,aku pi bank nak ambil duit gaji aku..yelah!!!! nak bayar duit kereta, duit kutu,duit broadband..hissshhhh..mcm2 lagi lah..byk btol hutang aku....aku pun masukkan kad atm,tekan no pin n tgk2 duit aku xdakkkkkkk!!!!!!!!..aku terkejut pi mana duit aku...aku berasa was-was n then terus pegi cetak penyata untuk sebulan sekaligus....mmg aku dah dpt agak ke mana hilangnya duit aku , mungkin ini silap aku..pegi percaya orang brengsek yang nak bgi duit RM5000 coz aku mng POWER ROOT...waaaaaaa....duit gaji aku...macam mana aku nak bayar hutang aku tu....ada orang ambil duit aku dengan transfer menggunakan akaun melalui internet tuuuu... akaun aku terus didebitkan ke akaun tu menggunakan internet..InTERnet wehhhh!!. .kawan2 aku dah amik gaji masing-masing...aku macam mana..nak minta kat mak ayah segan...xnak susahkan diorang lgi...cukup la dengan penderitaan mereka sewaktu membesarkan aku...tulah..mmg salah aku jugak sebab aku percaya..mau nya x percaya..orang tu siap main dengan nama Allah dan kalu dia tipu aku,dia akan mati dilanggar lori..Ceehhh!!!..aku dengan mudahnya percaya..!!!..mintak2 la masin mulut dia tu... Jadi aku nak nasihatkan kepada semua,jangan terpedaya dengan tawaran2 daripada telefon sama ada mesej atau orang tu org kita sendiri...Aku adalah seorang daripada mangsanya~!!!!!!!!!!..mmg aku xsalahkan sesiapa..Aku salahkan diri aku sendiri kerana mudah sangat tertipu dan terpedaya dengan percakapan orang lain.aku pun buka akaun baru...Mmg sgt2 bernasib baik...kawan aku ada rakan yang bekerja di bank islam, jadi dia yang tolong aku...aku pegi ke pusat cawangan bank islam utama n then report ke bank islam....n then balai polis..huhu...aku tertipu...aku tertipu..nasib bek aku ada kawan yang boleh aku minx tolong untuk pinjam duit...siapa lagi klu bukan 'kawan special' aku...Haa..masa ni la aku dapat tgk kawan special aku tu sayang aku ke x...x sayang x tolong..if sayang,dia tolong...hmmm..mcm tu la...ceh!! ada ke macam tu..alamatnye..kering la poket aku untuk bulan ni...maaf kakngah..aku xdapat beli lagi kasut cantik yang hang idam tu huhuu...memang betol mimpi hang..thanks dik..MUUaahh..mungkin  semua ni ada hikmahnya...aku akan lebih berhati-hati after this..

BE AWARE... 

Saturday, April 23, 2011

ShArAniEy RiLl'S????????



Hai semua...kepada sesiapa yang singgah di blog sy  :)..welcome to my blog..kamsa hamnida...:) .nama sy nur shaffriza bt mohd Shaffril..sy baru saja nak berjinak-jinak dengan dunia blog ni..haha..ketinggAlan zaman kan aku ni..hmm what ever laa..tp aku seronok la wat blog ni..aku dapat kongsi kisah duka aku dan aku boleh post something yang dapat beri faedah kepada semua....aku suka bercakap...mmg banyak bercakap...jadi daripada aku bercakap tanpa membuktikan apa-apa , lebih bek aku tulis kat blog..aku pun puas hati...hehe(syok)...ermm..nape sy namekan blog sy sharaniey rill's yea....nama sy xdak kena-mengana ngn sharaniey rill's pun...emmm..sebenarnya sharaniey rills adalah nama gabungan sy, mak sy dan abah sy...(shaffriza , mazlani dan mohd shaffril)..ice to meet you all...terima kasih..sy akan post sesuatu yang baik untuk bacaan semua...love my siblings and love the way you are also...



Ini mak sy beserta adik-adik sy...nanti sy upload gambar 3 orang lagi adik sy....:)



nah...ini lah dia adik-adik sy..cuba teka yang mana lahir dulu ikut turutan???hehhe...
yang bertudung hitam itu siapa ya!! hehe








wah...susahnyer nak dapat gambar abah sy..hehe..
So,this is my family..Sarang hae yo... :)